Posts

ARCHEOLOGISTA

Image
LAWATAN KE MUZIUM NEGARA, MALAYSIA 1. Batu granit 2. Batu Kapak 3. Batu Besar Zaman Megalith  4. Kapak Lonjong 5. Kapak Persegi Neolitik
Image
PENGENALAN DAN KAEDAH PENTARIKHAN URANIUM Juga dikenali dengan nama Uranium-Thorium dating, Thorium-230 dating, Uranium-series Disequilibrium dating & Uranium series dating. Kaedah ini dilakukan berdasarkan pereputan isotop radioaktif uranium. Teknik ini dijalankan untuk menentukan tapak/tinggalan arkeologi yang berusia 50,000-1,000,000 tahun.  Pada proses tersebut dua isotop radioaktif uranium (238U dan 235U) mengalami pereputan dalam suatu siri tahapan menjadi unsur-unsur berkembar iaitu thorium (230Th) dan protactinium (231Pa).  Perlu diketahui bahawa isotop induk uranium mencair dalam air, sementara thorium dan protactium tidak.  Dengan demikian hanya isotop uranium yang ada di dalam air dan dapat menyerap masuk ke dalam gua batu kapur.  Apabila air tersebut terenap dan membentuk lapisan kalsium karbonat pada dinding dan dasar gua (dalam bentuk traventin), jam radioaktif akan hidup kerana material traventin bersamaan dengan isotop induk.  Sema...
Image
PENTARIKHAN PERISTIWA PRASEJARAH      Banyak masalah penting dalam arkeologi tidak dapat diselesaikan pada masa kini kerana teknik untuk menentukan kronologi tidak dikembangkan sepenuhnya untuk memberikan keputusan yang tepat. Segala persoalan dalam arkeologi dapat dihapuskan jika terdapat jawapan yang benar mengenai sesuatu permasalahan.      Oleh itu, penyusunan urutan dan kronologi dan episod-episod tertentu dalam sejarah manusia perlu dilakukan bagi mengukur jumlah relatif masa-masa yang berlalu dan untuk mengaitkan unit-unit ini dengan kalendar moden.      CARBON 14 (C14)      Karbon-14,C-14, atau radiokarbon, adalah isotop radioaktif dari karbon dengan nukleus atom yang mengandungi 6 proton dan 8 neutron. Kewujudannya dalam bahan-bahan organik merupakan asas kepada kaedah pentarikhan radiokarbon yang dipelopori oleh Willard Libby dan rakan-rakannya pada tahun 1949 untuk tujuan pentarikhan sampel arkeolo...
Image
HUMAN TREE FAMILY Evolusi manusia adalah proses perubahan manusia yang panjang dan dikatakan berasal daripada ket ur unan nenek moyang yang berspecies beruk (apelike ancestor). Teori ini dikemukan oleh Charles Darwin Charles Darwin, seterusnya mengatakan evolusi ini berlaku sekitar kira-kira enam juta tahun yang lalu.  Namun teori ini dipertikaikan kebenarannya kerana ketiadaan fakta sahih dan mempunyai pelbagai pandangan yang bertentangan daripada ahli ilmuan agama terutamanya dari Islam yang menetapkan bahawa manusia berasal dari keturunan manusia yang sempurna akal dan fizikalnya iaitu Nabi Adam A.S dan Hawa. Tidak dinyatakan teori tersebut di tolak sama sekali, tetapi bergantung kepada pembaca sama ada setuju atau tidak mengenai pandangan tersebut. Teori ini dibahagikan kepada 4 kelas iaitu Ardhipithecus, Australopithecus, Paranthropus dan yang terakhir ialah Homo. KELAS ARDHIPITHECUS Merupakan yang kelas yang terawal dan tertua. Ianya menghuni b...
Image
JENIS-JENIS MANUSIA DAN KRITERIA YAG MENYEBABKAN IANYA DIKENALI SEBAGAI JENIS TERSEBUT. 1. Meganthropus Palaeojavanicus Ditemukan oleh seorang arkeologi dari negeri Belanda bernama Van Koenigswald. Dia pertama kali menemukan fosil ini di daerah Sangiran pada tahun 1936. Manusia purba di Indonesia tidak seperti jenis jenis manusia purba di dunia. Pada era tersebut paling banyak fosil ditemukan dalam kondisi seperti orang Barat.  Dianggarkan manusia besar ini hidup antara 1 juta dan 2 juta tahun yang lalu. Hal ini dibuktikan dari fosil dengan teknik peluruhan karbon. Meganthropus Palaeojavanicus mempunyai ciri : Memiliki tulang pipi yang tebal, Memiliki otot rahang yang kuat, Tidak memiliki dagu, Memiliki tonjolan belakang yang tajam, Memiliki tulang kening yang menonjol, Memiliki tubuh badan yang tegap, rahang bawah Meganthropus, memakan tumbuh-tumbuhan, dan hidup berkelompok dan berpindah-pindah. 2. Pitecanthropus Erectus Manusia purba ...
Tempat yang dikenalpasti memiliki nilai arkeologi. (mengikut kronologi kajian terdahulu)      Jika dapat dilihat di Malaysia, terdapat banyak kawasan atau tempat yang terbukti mempunyai kepentingan apabila kajian arkeologi dijalankan di kawasan tersebut, seperti yang dilakukan oleh Kolonel James Low iaitu seorang purbawanis atau peminat barang-barang antik yang telah melaporkan beberapa penemuan barangan purba di Seberang Prai dan Kedah.        Laporan ini sangat signifikan dalam konteks sejarah penyelidikan arkeologi bukan sahaja di Malaysia tetapi di Asia Tenggara. Ini kerana penemuan tersebut telah meletakkan Malaysia sebagai negara paling awal menjalankan penyelidikan arkeologi. Perjalanan sejarah penyelidikan arkeologi semenjak 1840-an dan berterusan sehingga hari ini berjaya menghasilkan beberapa sintesis, hipotesis dan teori berkaitan dengan zaman prasejarah dan protosejarah Malaysia.     Kegiatan penyelidikan arkeologi di...
SEJARAH PENYELIDIKAN ARKEOLOGI DI DUNIA. Sebelum menyelidiki sejarah arkeologi perlu diketahui jenis-jenis aktiviti yang dianggap sebagai disiplin arkeologi, yang memjadi asas kepada sesuatu penemuan.      Kajian saintifik perlu dijalankan bagi membolehkan ahli arkeologi memperolehi maklumat. Terdapat pelbagai cabang dalam bidang arkeologi, antaranya termasuk cabang arkeologi angkasa lepas yang lebih tertumpu kepada kajian di luar angkasa, arkeologi maritim yang lebih tertumpu di kawasan perairan yang mempunyai kepentingan tertentu, dan arkeologi cari gali yang tertumpu di kawasan yang mempunyai struktur yang berpotensi terhadap penemuan barangan yang dikehendaki .      Ahli  arkeologi  mendapatkan maklumat melalui proses cari gali.Melalui kaedah ini ketepatan usia bahan-bahan tinggalan sejarah seperti fosil, binaan daripada batu, peralatan daripada logam, tembikar, seramik, dan kulit siput dapat disahkan melalui kajian sain...