PENTARIKHAN PERISTIWA PRASEJARAH
Banyak masalah penting dalam arkeologi tidak dapat diselesaikan pada masa kini kerana teknik untuk menentukan kronologi tidak dikembangkan sepenuhnya untuk memberikan keputusan yang tepat. Segala persoalan dalam arkeologi dapat dihapuskan jika terdapat jawapan yang benar mengenai sesuatu permasalahan.
Oleh itu, penyusunan urutan dan kronologi dan episod-episod tertentu dalam sejarah manusia perlu dilakukan bagi mengukur jumlah relatif masa-masa yang berlalu dan untuk mengaitkan unit-unit ini dengan kalendar moden.
CARBON 14 (C14)
Karbon-14,C-14, atau radiokarbon, adalah isotop radioaktif dari karbon dengan nukleus atom yang mengandungi 6 proton dan 8 neutron. Kewujudannya dalam bahan-bahan organik merupakan asas kepada kaedah pentarikhan radiokarbon yang dipelopori oleh Willard Libby dan rakan-rakannya pada tahun 1949 untuk tujuan pentarikhan sampel arkeologi, geologi dan hidrogeologi.
KAEDAH
Konsep ini telah diaplikasi oleh Libby kerana penyusutan yang konsistan ini adalah sama dengan kadar 14C dihasilkan. Tumbuhan hijau mengambil karbon dioksida dalam photosistesis untuk membina makanan (glukosa) untuk terus hidup. Seterusnya haiwan herbivor memakan tumbuhan hijau ini dan haiwan herbivor dimakan pula oleh haiwan. Dalam kitar makanan ini, 14C yang terdapat dalam tumbuhan turut dialirkan dalam badan haiwan. Apabila tumbuhan atau haiwan mati, 14C sudah tidak diambil dan 14C mula menyusut melalui penyusutan radioaktif. Oleh yang demikian, oleh kerana separuh hayat 14C telah diketahui (5730 tahun), maka usia tumbuhan dan haiwan boleh dikira berdasarkan jumlah radiokarbon yang masih tinggal di dalam sampel. Penyusutan radiocarbon ini menghasilkan sinar beta (β).
SAMPEL
Semua benda hidup (semua organisama hidup mengandungi karbon). Cth kayu, arang, cengkerang, tulang, biji benih dan kulit haiwan.
Keranda kayu balak bermotif kepala kerbau di Agop Batu Tulug. Terdapat125 keranda kayu balak di Agop Batu Tulug yang berusia 700 hingga 900 tahun dahulu. Keranda-keranda tersebut diperbuat daripada jenis kayu keras seperti belian dan merbau.
JULAT UMUR
Setengah umur daripada karbon-14 mendekati 5730 tahun Yang bererti setiap 5730 tahun setengah dari jumlah karbon 14 yang ada di dalam makhluk hidup menjadi rosak.
Contohnya: jika ada 10 gram karbon 14 di dalam tubuh makhluk hidup, 5730 tahun yang lalu hari ini akan tinggal 5 gram.
Had umur: 1000-40000 tahun
TAPAK EKSKAVASI
GUA HARIMAU BUKTI KEWUJUDAN ZAMAN LOGAM SEKITAR 4,000 TAHUN DAHULU
PENYELIDIKAN:
Gua Harimau mula diekskavasi oleh Williams-Hunt dalam tahun 1951. Beliau telah menemui satu rangka kanak-kanak, beliung, tembikar dan sisa makanan. Beliau telah dapat membuat pentarikhan radiocarbon, 3,450 ± 150 BP, yang merupakan pentarikhan radiokarbon pertama Malaysia. Kajian lanjutan telah dijalankan oleh USM sejak 1987 dan menemui bukti pengkebumian daripada 4,920 ± 270 BP hingga 1,760 ± 95 BP.
Comments
Post a Comment