HUMAN TREE FAMILY
Evolusi manusia adalah proses perubahan manusia yang panjang dan dikatakan berasal daripada keturunan nenek moyang yang berspecies beruk (apelike ancestor). Teori ini dikemukan oleh Charles Darwin Charles Darwin, seterusnya mengatakan evolusi ini berlaku sekitar kira-kira enam juta tahun yang lalu.
Namun teori ini dipertikaikan kebenarannya kerana ketiadaan fakta sahih dan mempunyai pelbagai pandangan yang bertentangan daripada ahli ilmuan agama terutamanya dari Islam yang menetapkan bahawa manusia berasal dari keturunan manusia yang sempurna akal dan fizikalnya iaitu Nabi Adam A.S dan Hawa. Tidak dinyatakan teori tersebut di tolak sama sekali, tetapi bergantung kepada pembaca sama ada setuju atau tidak mengenai pandangan tersebut.
Teori ini dibahagikan kepada 4 kelas iaitu Ardhipithecus, Australopithecus, Paranthropus dan yang terakhir ialah Homo.
KELAS ARDHIPITHECUS
Merupakan yang kelas yang terawal dan tertua. Ianya menghuni bumi sekitar 4-7 juta tahun yang lalu yang bertapak di Afrika. Sesetengah spesies adalah Sahelanthropus tchadensis, Orrorin tugenensis, Ardipithecus kadabba dan Ardipithecus ramidus. Spesies ini boleh dipertimbangkan sebagai spesies berkaki dua dan berdiri tegak di atas tanah tetapi boleh bergerak ke atas empat anggota badan di dalam pokok. Ciri-ciri anatomi sangat primitif.
KELAS AUSTRALOPITHECUS
Hidup sekitar 2 hingga 4 juta tahun yang lalu. Dikatakan bahawa mereka hidup di atas pokok walaupun mampu berjalan menegak kerana didapati bahawa lengan mereka lebih besar daripada manusia moden. Mereka mempunyai sub-spesies iaitu Australopithecus anamensis, Australopithecus afarensis, Australopithecus garhi dan Australopithecus africanus.
KELAS PARANTHROPUS
Hidup sekitar 1 hingga 3 juta tahun yang lalu. Spesies ini mempunyai gigi besar dan rahang kuat yang membolehkan mereka memakan pelbagai jenis makanan. Antara sub-spesies ialah Paranthropus aethiopicus, Paranthropus robustus dan Paranthropus boisei. Mereka adalah 'sepupu' jauh daripada saudara-saudara kita yang langsung.
KELAS HOMO
Kumpulan terakhir spesies manusia mengikut teori Darwin adalah kumpulan Homo yang hidup sekitar 2.5 juta tahun dahulu. Seperti manusia moden, spesies dalam kumpulan ini mempunyai otak besar dan menggunakan alat dalam kehidupan mereka. Ahli kumpulan ini adalah perintis yang berkembang ke luar Afrika. Sesetengah spesies iaitu Homo rudolfensis, Homo habilis, Homo erectus, Homo neanderthalensis, Homo floresiensis, Homo heidelbergensis dan Homo sapiens.
Comments
Post a Comment