PENGENALAN DAN KAEDAH PENTARIKHAN URANIUM
  • Juga dikenali dengan nama Uranium-Thorium dating, Thorium-230 dating, Uranium-series Disequilibrium dating & Uranium series dating.
  • Kaedah ini dilakukan berdasarkan pereputan isotop radioaktif uranium. Teknik ini dijalankan untuk menentukan tapak/tinggalan arkeologi yang berusia 50,000-1,000,000 tahun. 
  • Pada proses tersebut dua isotop radioaktif uranium (238U dan 235U) mengalami pereputan dalam suatu siri tahapan menjadi unsur-unsur berkembar iaitu thorium (230Th) dan protactinium (231Pa). 
  • Perlu diketahui bahawa isotop induk uranium mencair dalam air, sementara thorium dan protactium tidak. 
  • Dengan demikian hanya isotop uranium yang ada di dalam air dan dapat menyerap masuk ke dalam gua batu kapur. 
  • Apabila air tersebut terenap dan membentuk lapisan kalsium karbonat pada dinding dan dasar gua (dalam bentuk traventin), jam radioaktif akan hidup kerana material traventin bersamaan dengan isotop induk. 
  • Semakin besar jumlah thorium berkembar (thorium dan protactinium) terperangkap pada traventin dan protactinium dalam kaitannya dengan isotop induk uranium, semakin tua umur traventin. 
  • Sampel yang diperlukan untuk mendapatkan umur adalah 100g kalsium karbonat.
  • Keatas tulang: Diuji ke atas lapisan luar tulang di mana fosil seperti tengkorak hominid yang digali di kawasan yang banyak batu kapur yang menyebabkan lapisan luar fosil diselaputi kalsium karbonat. 
  • Dengan melakukan kaedah pentarikhan uranium, status ‘ante quem’ dapat diketahui.
  • Stalactite rain: Ditemukan di sesetengah gua. Ia merupakan bentukan semulajadi di permukaan atas gua yang boleh jatuh dan membentuk lapisan sedimen kasar di permukaan bawah gua.
  • Melalui penttarikhan uranium yang dijalankan ke atas lapisan luar stalactite, usia gua tersebut dapat diketahui.
Jarak Jangkauan pentarikhan uranium



Tapak ARKEOLOGI yg menggunakan pentarikhan uranium

  • Afrika Utara: Banyak ditemui tapak arkeologi yang mempunyai kaitan dengan Uranium, seperti di Bir Tafawi daan Bir Sahara di barat daya Mesir. Sekitar 140ka dulu, Kawasan ini merupakan Kawasan berpaya dan mempunyai tasik yang pernah dilawati oleh hominid. Tapak ini juga ditemukan satu fosil arekeologi yang ditemukan bahan uranium ke atasnya, iaitu kulit telur burung unta. (melalui keadah pentarikhan uranium, usia tapak arkeologi dan fosil telur unta tersebut dapat diketahui).
  • Asia:  Anggaran usia baru mengenai hominid China "Manusia Nanjing" (dikelaskan Homo erectus) menentukan bahawa fosil tersebut berusia kira-kira 600,000 tahun. Ini lebih kurang 200,000 tahun lebih tua dari yang asalnya berfikir. Tarikh-tarikh adalah berdasarkan pentarikhan uranium/thorium pada batu di atas dan bawah fosil. Tarikh baru ini menunjukkan bahawa penghijrahan Homo Erectus dari Afrika ke China bermula lebih awal dari yang asalnya.





Comments

Popular posts from this blog