Proses gali cari
APA ITU ARKEOLOGI ?


TERDAPAT PERBEZAAN DEFINISI ARKEOLOGI MELALUI HUJAHAN DAN PENDAPAT PEMIKIRAN TERHADAP ARKEOLOGI DAHULU DAN SEKARANG.

DAHULU
Pada pendapat saya, arkeologi dahulu lebih menekankan kepada pencarian bahan yang dianggap bernilai dan mempunyai harga, pencarian tersebut tanpa melibatkan ilmu sains dan ianya dilakukan secara terbuka yang membawa maksud dilakukan secara tanpa kawalan sehingga menyebabkan bahan dari perut bumi diekspoitasi dengan mudah. Dalam cari gali tersebut juga tiada tindakan atau kajian susulan dijalankan ke atas barhan atau jumpaan barangan yang dijumpai.

SEKARANG
Arkeologi yang dilakukan pada waktu sekarang lebih bersifat pengkajian purba yang melakukan kajian mengenai kebudayaan pra-sejarah dengan cara penggalian dan penghuraian kesan-kesan tinggalan dengan menggunakan ilmu dalam bidang sains dan juga pengaplikasian ilmu dalam bidang-bidang lain dalam pengkajian arkeologi yang membolehkan kajian dilakukan dengan lebih sempurna dan terperinci.



DEFINISI ?

Anda mesti tertanya-tanya apa definisi Arkeologi dari asalnya, 

Definisi:
1. Bahasa Yunani- Archaiologia membawa maksud asal, purba, dan tua. 
2. Bahasa InggerisArchaeology iaitu bermaksud 'perbincangan tentang benda purba atau silam'. 





MENURUT TOKOH ILMUAN ?

Definisi arkeologi dalam menurut para ahli :
1. Grahame Clark mendefinisikan arkeologi sebagai satu bentuk kajian yang sistematik ke atas bahan-bahan purba bagi membentuk semula sejarah.3.

2. Cottrell Leonard mendefinisikan arkeologi sebagai satu cerita mengenai manusia dengan merujuk kepada tinggalan seperti peralatan yang digunakan, monumen, rangka manusia dan segala yang terhasil dari inovasi yang diciptanya.

3.  Paul Bahn mengemukakan pengertian asas arkeologi ialah satu kajian sistematik tentang masa lampau yang berasaskan budaya kebendaan dengan bermatlamat untuk membongkar, menerangkan dan mengklasifikasikan tinggalan-tinggalan budaya, menguraikan bentuk dan perilaku masyarakat masa silam serta memahami bagaimana ia terbentuk dan akhir sekali merekonstraksinya semula.4.

3. Glyn Danial mendefinasikan arkeologi sebagai satu cabang sejarah yang mengkaji tinggalan-tinggalan masa lampau. Kajian sejarah ini menggunakan segala maklumat sama ada bertulis, epigrafik atau tinggalan dengan matlamat akhir untuk mendapatkan gambaran sebenar tentang manusia masa silam.

4. Robert J. Sharer dan Wendy Ashmore melihat arkeologi sebagai bahagian khusus tentang teknik yang digunakan dalam menbongkar bukti tentang masa lalu dan sebagai satu disiplinyang mengkaji masyarakat dan kebudayaan silam berdasarkan budaya kebendaan ianya menerangkan perkembangannya serta bagaimana ianya berlaku.

5. Glyn Isaac menyatakan disiplin arkeologi sebagai satu disiplin yang cuba menerangkan hubungan di kalangan manusia dan di antara manusia dengan dunia kebendaan. Menurutnya lagi, ianya merupakan bukan satu disiplin sains jati, sains sosial dan cabang kemanusiaan tetapi lebih merupakan usaha khusus atau tempat untuk semua bidang bertemu.






Comments

Popular posts from this blog