Posts

Showing posts from February, 2018
Image
JENIS-JENIS MANUSIA DAN KRITERIA YAG MENYEBABKAN IANYA DIKENALI SEBAGAI JENIS TERSEBUT. 1. Meganthropus Palaeojavanicus Ditemukan oleh seorang arkeologi dari negeri Belanda bernama Van Koenigswald. Dia pertama kali menemukan fosil ini di daerah Sangiran pada tahun 1936. Manusia purba di Indonesia tidak seperti jenis jenis manusia purba di dunia. Pada era tersebut paling banyak fosil ditemukan dalam kondisi seperti orang Barat.  Dianggarkan manusia besar ini hidup antara 1 juta dan 2 juta tahun yang lalu. Hal ini dibuktikan dari fosil dengan teknik peluruhan karbon. Meganthropus Palaeojavanicus mempunyai ciri : Memiliki tulang pipi yang tebal, Memiliki otot rahang yang kuat, Tidak memiliki dagu, Memiliki tonjolan belakang yang tajam, Memiliki tulang kening yang menonjol, Memiliki tubuh badan yang tegap, rahang bawah Meganthropus, memakan tumbuh-tumbuhan, dan hidup berkelompok dan berpindah-pindah. 2. Pitecanthropus Erectus Manusia purba ...
Tempat yang dikenalpasti memiliki nilai arkeologi. (mengikut kronologi kajian terdahulu)      Jika dapat dilihat di Malaysia, terdapat banyak kawasan atau tempat yang terbukti mempunyai kepentingan apabila kajian arkeologi dijalankan di kawasan tersebut, seperti yang dilakukan oleh Kolonel James Low iaitu seorang purbawanis atau peminat barang-barang antik yang telah melaporkan beberapa penemuan barangan purba di Seberang Prai dan Kedah.        Laporan ini sangat signifikan dalam konteks sejarah penyelidikan arkeologi bukan sahaja di Malaysia tetapi di Asia Tenggara. Ini kerana penemuan tersebut telah meletakkan Malaysia sebagai negara paling awal menjalankan penyelidikan arkeologi. Perjalanan sejarah penyelidikan arkeologi semenjak 1840-an dan berterusan sehingga hari ini berjaya menghasilkan beberapa sintesis, hipotesis dan teori berkaitan dengan zaman prasejarah dan protosejarah Malaysia.     Kegiatan penyelidikan arkeologi di...
SEJARAH PENYELIDIKAN ARKEOLOGI DI DUNIA. Sebelum menyelidiki sejarah arkeologi perlu diketahui jenis-jenis aktiviti yang dianggap sebagai disiplin arkeologi, yang memjadi asas kepada sesuatu penemuan.      Kajian saintifik perlu dijalankan bagi membolehkan ahli arkeologi memperolehi maklumat. Terdapat pelbagai cabang dalam bidang arkeologi, antaranya termasuk cabang arkeologi angkasa lepas yang lebih tertumpu kepada kajian di luar angkasa, arkeologi maritim yang lebih tertumpu di kawasan perairan yang mempunyai kepentingan tertentu, dan arkeologi cari gali yang tertumpu di kawasan yang mempunyai struktur yang berpotensi terhadap penemuan barangan yang dikehendaki .      Ahli  arkeologi  mendapatkan maklumat melalui proses cari gali.Melalui kaedah ini ketepatan usia bahan-bahan tinggalan sejarah seperti fosil, binaan daripada batu, peralatan daripada logam, tembikar, seramik, dan kulit siput dapat disahkan melalui kajian sain...
Image
Proses gali cari APA ITU ARKEOLOGI ? TERDAPAT PERBEZAAN DEFINISI ARKEOLOGI MELALUI HUJAHAN DAN PENDAPAT PEMIKIRAN TERHADAP ARKEOLOGI DAHULU DAN SEKARANG. DAHULU -  Pada pendapat saya, arkeologi dahulu lebih menekankan kepada pencarian bahan yang dianggap bernilai dan mempunyai harga, pencarian tersebut tanpa melibatkan ilmu sains dan ianya dilakukan secara terbuka yang membawa maksud dilakukan secara tanpa kawalan sehingga menyebabkan bahan dari perut bumi diekspoitasi dengan mudah. Dalam cari gali tersebut juga tiada tindakan atau kajian susulan dijalankan ke atas barhan atau jumpaan barangan yang dijumpai. SEKARANG -  Arkeologi yang dilakukan pada waktu sekarang lebih bersifat  pengkajian purba yang melakukan kajian mengenai kebudayaan pra-sejarah dengan cara penggalian dan penghuraian kesan-kesan tinggalan dengan menggunakan ilmu dalam bidang sains dan juga pengaplikasian ilmu dalam bidang-bidang lain dalam pengkajian arkeologi yang m...